Print
PDF

BAHAGIAN HAL EHWAL MURID

PERATURAN-PERATURAN

SMK Muara Tuang

Samarahan

 

1. KEHADIRAN KE SEKOLAH

 

1.1 Waktu persekolahan 
Sesi Pagi Sesi Petang

Isnin-Khamis

(6.55 pagi -12.30 tengah hari)

Jumaat

(6.55 pagi - 11.55 tengah hari)

Isnin- Khamis

(12.40 tengah hari - 6.30 ptg)

Jumaat

(2.00 petang - 6.20 petang)

 

Nota: Pada hari Isnin hingga Khamis, murid Tingkatan 5 Sains 1 dan 5 Teknologi akan balik pada pukul 1.10 petang.

 

1.2 Kehadiran ke sekolah adalah wajib

1.3 Kehadiran akan diambil pada waktu tingkatan.

 

Sesi Pagi: 

Isnin - Jumaat (6.45 - 6.55 pagi)

Sesi Petang:

Isnin - Khamis (12.35 - 12.40 tengah hari)

Jumaat (1.55 petang - 2.00 petang)

 

 

1.4 Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu hendaklah membuktinya dengan mengemukakan surat doktor/surat ibu bapa/penjaga.

1.5 Bagi hari perhimpunan sekolah, pelajar dikehendaki berbaris di tempat perhimpunan 5 minit sebelum perhimpunan bermula.

1.6 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu belajar. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan.

1.7 Kelas gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri.

1.8 Murid-murid yang hendak ke hospital hendaklah mendapat kebenaran Guru Bertugas atau Penyelia Asrama dan mengisi Borang Rawatan. Kebenaran mendapatkan rawatan serta-merta hanya akan diberi jika sekiranya difikirkan munasabah.

1.9 Tiada seorang murid pun boleh berada di tempat lain pada masa belajar.

1.10 Waktu rehat, murid asrama tidak dibenarkan pulang ke asrama atau keluar kawasan sekolah.

1.11 Murid-murid yang lambat datang ke sekolah kerana hari hujan, bencana alam yang lain atau kelewatan kenderaan pengangkutan yang tidak disengajakan akan dipertimbangkan.

1.12 Sama ada berjalan kain, berbasikal atau berkenderaan, murid dikehendaki terus masuk ke kawasan sekolah. Murid ditegah singgah di mana-mana tempat di luar kawasan sekolah.

1.13 Murid-murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah dengan memandu atau menunggang kenderaan sendiri kecuali mengikut kehendak Undang-undang Jalan Raya Malaysia (perlu ada lesen memandu).

1.14 Seseorang murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab / surat doktor / surat ibu bapa / penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah selama 3 hari akan dikenakan tindakan tatatertib. Jika amalan bertulis oleh pihak sekolah, tindakan buang sekolah boleh dikenakan terhadap murid-murid berkenaan.

1.15 Kebenaran daripada guru mata pelajaran wajib diperoleh, sebelum keluar dari kelas terutamanya selang waktu mata pelajaran.

1.16 Murid yang keluar dari kelas untuk tujuan pergi ke tandas haruslah meminta kebenaran daripada guru mata pelajaran dengan mendapatkan kad kebenaran keluar untuk ditunjukkan kepada penjaga tandas.

 

2. PAKAIAN SERAGAM

2.1 PAKAIAN SERAGAM MURID

Pakaian seragam sekolah tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983 bertajuk Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah (Ruj. KP (BS) 8591/Jld.11/(2)).

2.1.1 Seluar panjang warna hijau gelap. Ukuran labuhnya mestilah 4sm di bawah buku lali. Kaki seluar tidak ketat.

2.1.2 Seluar berbentuk fesyen dan berpoket tampal di belakang dilarang sama sekali.

2.1.3 Baju putih lengan pendek/ panjang. Jika memakai baju berlengan panjang, sekiranya berlipat, hendaklah hingga ke siku. Bahagian bawah baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar sepanjang masa waktu belajar dan waktu balik dari sekolah.

2.1.4 Murid lelaki/ perempuan dilarang memakai baju yang terlalu kecil atau ketat dan hanging (tergantung).

2.1.5 Kasut getah/ nylon/ kanvas bewarna putih keseluruhannya. Kasut kulit/ sukan tidak dibenarkan termasuklah kasut yang bewarna lain daripada putih.

2.1.6 Stoking yang dipakai hendaklah bewarna putih.

2.1.7 Pemakaian tanda nama dan lencana sekolah adalah wajib.

2.1.8 Dilarang memakai baju sejuk pada waktu yang tidak sesuai.

 

2.2 PENGAWAS LELAKI /  PEREMPUAN

Pengawas lelaki / perempuan hendaklah memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga Displin / Lembaga Pengawas pada tahun semasa yang mungkin berubah dari masa ke masa setelah dipersetujui dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengetua.

 

2.3 MURID-MURID PEREMPUAN

2.3.1 Pinafore / baju kurung, stoking putih dan kasut putih keseluruhannya.

2.3.2 Kerongsang baju kurung yang besar atau berfesyen dilarang sama sekali.

2.3.3 Pemakaian pinafore yang terlalu singkat adalah tidak dibenarkan. Panjang pinafore mestilah di bawah paras lutut.

2.3.4 Kain baju kurung bukan dari jenis yang jarang dan berkilat. Tudung mesti bewarna putih tidak dengan pelbagai corak dan juga jangan terlalu pendek.

2.3.5 Baju kurung yang berbentuk "Baju Kurung Kedah" dilarang.

2.3.6 Murid yang menggunakan tudung diwajibkan memakai "anak tudung".

2.3.7 Murid yang menggunakan baju kurung hendaklah menggunakan butang agar bucu baju yang mengelilingi leher tidak terbuka.

2.3.8 Murid diwajibkan menggunakan baju dalam yang dilapisi oleh "anak baju"

2.3.9 Pemakaian skirt hendaklah di bawah paras lutut dan penggunaan skirt yang terlalu pendek / singkat dilarang sama sekali.

2.3.10 Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut meskipun memakai tudung. Murid yang ingkar, tidak akan dibenarkan masuk ke kelas sehingga menghitamkan rambut mereka semula.

 

2.4 Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang. Tali pinggang itu hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

Warna: Hitam atau Coklat/ Hijau

Lebar: 2.5 - 3 sm

Kepala: Sama besar dengan tali pinggang dan tanpa hiasan

 

2.5 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek, barang-barang kemas atau perhiasan tiruan.

2.6 Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai sewaktu sesi persekolahan, menghadiri kelas tambahan / bimbingan, kelas tahanan dan semasa menghadiri aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah melainkan dengan kebenaran oleh Pengetua.

 

2.7 Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang bewarna hitam (sun-glass) atau berbentuk luar biasa.

2.8 Murid-murid dilarang sama sekali memakai selipar / terompah pada bila-bila masa sekolah tanpa sebab yang munasabah.

 

3. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI

 

3.1 Ketika menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, pelajar-pelajar perempuan adalah dimestikan memakai seluar panjang yang sesuai dan baju sukan yang sesuai (seboleh-bolehnya T-shirt bewarna putih dan berkolar)

3.2 Paraturan di atas juga dikenakan semasa bermain atau semasa mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.

3.3 Tudung kepala digalakkan bagi pelajar-pelajar perempuan Islam.

3.5 Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas termasuklah ketika menyertai kegiatan-kegiatan luar bilik darjah.

3.6 Baju (T-Shirt) yang ada logo sekolah digalakkan untuk dipakai oleh semua pelajar semasa aktiviti Pendidikan Jasmani.

3.7 Bilik untuk bersalin pakaian sudah disediakan. Pelajar dilarang ke asrama untuk bersalin pakaian, mandi atau sebagainya.

 

4.POTONGAN RAMBUT

4.1 Pelajar-pelajar lelaki tidak boleh berambut panjang dan kepala botak. Pengertian rambut panjang adalah:

 

Di belakang: Rambut jatuh melebihi garisan di bawah dua cuping telinga

Di depan: Rambut menutupi garisan tengah dahi

Di tepi/sebelah: Rambut menutup kedua belah telinga atau sebahagian daripadanya dan di depan melebihi garisan tengah hidung.

Di atas: Lebih daripada 5cm panjang

 

4.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang.

 

4.3 Murid dilarang membotakkan kepala untuk mengelakkan daripada tindakan penggantungan persekolahan untuk tempoh tertentu sehingga rambut mereka tumbuh semula.

 

4.4 Pelajar lelaki atau perempuan adalah dilarang mewarnakan rambut mereka. Murid yang melanggar peraturan ini akan diambil tindakan seperti tidak dibenarkan memasuki kelas sehinggalah mereka menghitamkan rambut semula.

 

4.5 Murid-Murid Perempuan

4.5.1 Rambut hendaklah jangan jatuh ke bahu. Mereka yang berambut panjang hendaklah diikat kemas dengan reben atau pengikat rambut yang bewarna hitam sahaja. Sebarang perhiasan tidak dibenarkan.

4.5.2 Murid-murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung sebagaimana yang dibenarkan oleh Kementerian Pelajar.

 

4.6 Murid-murid dilarang sama sekali meniru fesyen rambut ala "punk" atau apa-apa fesyen terkini.

 

5. Penggunaan Telefon Bimbit

5.1 Telefon bimbit tidak dibenarkan untuk dibawa ke sekolah. Sekiranya murid didapati membawanya ke sekolah, telefon tersebut akan dirampas (Rujuk SPI Bil. 2/2009)

5.2 Telefon bimbit yang dirampas tidak akan diserahkan kepada mereka melainkan ibu bapa mereka menuntut bagi pihak anak mereka bersama-sama dengan murid tersebut. Selain itu, telefon bimbit akan ditahan dalam tempoh yang tertentu seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Displin sebelum diserahkan kepada ibu bapa mereka.

 

6. Harta Benda Sekolah

6.1 Murid-murid yang merosakkan, menghilangkan atau bersubahat merosakkan harta benda sekolah dikehendaki membayar ganti rugi yang setimpal dengan harga barang yang dirosakkan atau dihilangkan.

6.2 Harta benda sekolah tidak boleh digunakan tanpa kebenaran guru kelas, Penolong Kanan atau Pengetua.

6.3 Murid-murid tidak dibenarkan menggaris, melukis ataupun mengotorkan mana-mana bahagian bangunan di kawasan sekolah.

6.4 Murid-murid bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah pada setiap masa. Peminjaman harta benda sekolah mesti direkod dan dipulangkan ke tempat penyimpanan dengan jumlah yang sama seperti yang telah dikeluarkan.

 

6.5 Bilik Darjah

6.5.1 Kerusi meja hendaklah disusun dengan kemas dan teratur.

6.5.2 Gambar-gambar atau bahan-bahan lain yang dipamerkan dalam bilik darjah hendaklah bertujuan pendidikan yang sesuai.

6.5.3 Kaki lima, dan kawasan sekitar bilik darjah mestilah sentiasa dalam keadaan bersih.

6.5.4. Lampu dan kipas yang terdapat di dalam bilik darjah mesti ditutup/dimatikan jika tidak diperlukan.

6.5.5 Pintu kelas hendaklah sentiasa dikunci (kecuali dalam keadaan- keadaan tertentu) untuk mengelakkan pencerobohan dan pelbagai kerosakan.

 

 

6.6 BILIK-BILIK KHAS

 

6.6.1 Pelajar-pelajar hendaklah membaca,memahami dan mematuhi segala peraturan khas bagi bilik-bilik khas seperti Makmal Sains, perpustakaan, Bilik Sains Rumahtangga, Bilik Lukisan, Pusat Sumber, Bilik APD, Bilik Komputer dan lain-lain.

 

6.6.2 Pelajar-pelajar adalah ditegah berkeliaran ke tempat-tempat lain semasa dalam perjalanan ke bilik-bilik khas.

 

 

6.7 BUKU TEKS

 

6.7.1 Buku-buku teks yang dipinjam kepada pelajar yang layak di bawah Skim Pinjaman Buku Teks hendaklah dibawa balik dan tidak ditinggalkan di dalam kelas.

 

6.7.2 Buku-buku yang dipinjamkan wajib disampulkan/dibalut dengan pembalut plastik yang nipis atau mana-mana pembalut yang sesuai.

 

6.7.3 Hanya peminjam rasmi sahaja yang layak menggunakannya melainkan dengan mendapat kebenaran dari pihak sekolah.

 

6.7.4 Pelajar-pelajar dilarang menconteng/mengotori buku-buku teks merosak/menggunting atau menekap gambarajah-gambarajah di dalamnya adalah dilarang.

 

6.7.5 Buku-buku pinjaman mesti dipulangkan pada masa yang ditetapkan oleh sekolah. Denda akan dikenakan kepada pelajar yang gagal memulangkan buku. Jika pelajar itu masih lagi menuntut di sekolah ini,dia tidak layak/tidak dapat dipertimbangkan untuk menerima pinjaman pada bila-bila masa pun.

 

6.7.6 Pelajar-pelajar yang bertukar atau berhenti sekolah hendaklah memulangkan buku-buku teks yang mereka pinjam kepada pihak sekolah/guru tingkatan sebelum meninggalkan sekolah.

 

6.7.7 Kegagalan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas boleh menyebabkan pihak sekolah menarik balik pinjaman buku teks atau pelajar diminta membayar/mengganti buku-buku berkenaan.

 

6.7.8 Buku-buku teks yang dihilangkan wajib dibayar ganti rugi sama ada dengan teks/naskah yang sama atau dengan sejumlah wang yang ditetapkan.

 

 

6.8 ALAT-ALAT SUKAN

 

6.8.1 Alat-alat sukan yang hendak digunakan mestilah dengan kebenaran guru berkenaan.

 

6.8.2 Alat-alat hendaklah digunakan dengan cermat dan berhati-hati. Pelajar-pelajar hendaklah berwaspada bila menggunakan alat-alat yang boleh menbahayakan diri sendiri atau pelajar/orang lain.

 

6.8.3 Alat-alat sukan yang telah digunakan hendaklah dikembalikan semula ke stor sukan/tempat di mana alat-alat itu disimpan. Jumlah yang dikembalikan mesti sama dengan jumlah yang dikeluarkan.

 

6.8.4 Alat-alat sukan/pakaian sukan yang dipinjam kepada pelajar hendaklah dijaga dengan baik. Sebarang kehilangan alat/pakaian sukan yang dipinjam hendaklah diganti oleh pelajar yang menhilangkannya.

 

6.8.5 Pelajar yang sengaja merosakkan alat-alat sukan yang dipinjam hendaklah membayar ganti.

 

 

6.9 TANDAS

 

6.9.1 Tandas hendaklah dijaga kebersihannya setiap masa.

 

6.9.2 Gunakan tandas dengan betul dan tertib.

 

6.9.3 Jangan membuang sampah atau sebarang benda yang tidak hancur atau reput ke dalam lubang tandas atau sinki.

 

6.9.4 Pelajar yang didapati menyalahgunakan tandas/tidak menggunakan tandas dengan betul akan didenda mecuci tandas.

 

6.9.5 Kuatkuasakan penggunaan Kad Tandas sepenuhnya. Bayaran akan dikenakan kepada pelajar yang ke tandas tanpa Kad Tandas.

 

 

6.10 KANTIN SEKOLAH

 

6.10.1 Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan pada masa pengajaran/pembelajaran atau semasa pertukaran waktu.

 

6.10.2 Semasa membeli makanan, pelajar-pelajar hendaklah beratur, tidak membuat bising atau bersopan-santun.

 

6.10.3 Jangan biarkan sisa-sisa makanan tertinggal di atas meja atau lantai kantin. Utamakan kebersihan kantin demi kesihatan semua orang.

 

6.10.4 Gunakan tong sampah yang disediakan di kantin untuk membuang sampah.

 

6.10.5 Pelajar-pelajar dilarang masuk ke bahagian dalam kantin.

 

6.10.6 Pelajar-pelajar dilarang membeli makanan yang dijual di luar kawasan sekolah.

 

 

6.11 SURAU

 

6.11.1 Surau hendaklah digunakan untuk beribadat dan lain-lain aktiviti keagamaan.

 

6.11.2 Kasut/selipar atau apa saja alas kaki hendaklah ditanggalkan apabila memasuki surau.

 

6.11.3 Pelajar-pelajar adalah dilarang menukar pakaian atau menjadikan surau sebagai tempat tidur.

 

6.11.4 Pelajar-pelajar ditegah membuat bising, bermain-main dan merosakkan alat-alat/bangunan surau.

 

6.11.5 Pelajar-pelajar diminta supaya berjimat dalam penggunaan air di surau.

 

6.11.6 Pastikan kebersihan di dalam dan sekitar surau sentiasa terpelihara.

 

 

7. TATATERTIB

 

7.1 Pelajar-pelajar sekolah adalah tertakluk kepada disiplin sekolah. Sebagai warganegara Malaysia, pelajar juga tertakluk kepada undang-undang Negara.

 

7.2 Pelajar-pelajar mestilah menjaga ketenteraman sekolah di mana-mana tempat dalam kawasan sekolah dan pada bila-bila masa pelajar berada di sekolah.

 

7.3 Pada waktu rehat, pelajar diminta supaya tidak berada di dalam bilik darjah, bilik-bilik khas dan kawasan-kawasan larangan.

 

7.4 Pelajar-pelajar hendaklah bergerak dengan teratur dan cepat apabila pergi ke bilik-bilik khas seperti makmal, bilik lukisan dan lain-lain.

 

7.5 Penggunaan bilik darjah di luar masa persekolahan hendaklah dengan kebenaran pengetua.

 

7.6 Pelajar hendaklah pada setiap masa menjaga keselamatan diri sendiri, harta benda sendiri dan harta benda sekolah. Pihak sekolah tidak dapat melayan sebarang aduan tentang kehilangan barang/harta persendirian tetapi setiap harta pelajar yang dijumpai akan diumumkan di papan kenyataan dan pelajar hendaklah menuntutnya. 

7.7 Pelajar-pelajar yang datang ke sekolah dengan kenderaan sendiri hendaklah mematuhi undang-undang jalan raya.

 

7.8 Pelajar-pelajar hendaklah beratur dan jangan berebut/tolak-menolak semasa naik/turun dari kenderaan.

 

7.9 Pelajar-pelajar hendaklah pada setiap masa menghormati orang yang lebih tua darinya.

 

7.10 Pelajar-pelajar hendaklah memberi hormat/salam kepada guru-guru di mana-mana sahaja.

 

7.11 Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi arahan guru, pengawas, ketua darjah dan menghormati rakan-rakan yang lain.

 

7.12 Pelajar-pelajar ditegah melibatkan diri dalam mana-mana kegiatan atau persatuan sukan yang bukan di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan atau Kementerian Pendidikan tanpa kebenaran pengetua.

 

7.13 Pelajar tidak dibenarkan menjadi ahli/anggota/pertubuhan luar tanpa kebenaran Pengetua.

 

7.14 Pelajar ditegah menyertai sebarang peraduan ratu cantik atau lain-lain pertandingan ratu kecuali yang berunsurkan adat resam atau kebudayaan untuk memeriahkan perayaan sesuatu kaum.

 

7.15 Pelajar hendaklah menghormati lagu kebangsaan, lagu kebesaran negeri dan lagu sekolah.

 

7.16 Perhimpunan sekolah diadakan pada setiap pagi Rabu. Perhimpunan juga boleh diadakan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Pengetua.

 

 

8. AMAL IBADAT

 

8.1 Pelajar-pelajar islam diwajibkan mengerjakan amal ibadat pada waktu yang telah ditetapkan menyertai Fardhu Jumaat dan sembahyang lima waktu.

 

8.2 Pelajar-pelajar islam hendaklah menyertai setiap aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh sekolah.

 

8.3 Pelajar-pelajar dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan/kesucian agama Islam atau agama-agama lain.

 

8.4 Penubuhan sebarang pertubuhan keagamaan mestilah atas kebenaran dan dalam pengetahuan pentadbir sekolah.

 

 

9. PEPERIKSAAN

 

9.1 Kehadiran dalam ujian/peperiksaan adalah wajib.

 

9.2 Pelajar yang mempersendakan peperiksaan dalam bentuk apa sekalipun dianggap melakukan kesalahan yang berat.

 

9.3 Pelajar jangan sama sekali melakukan penyelewengan atau tidak jujur dalam mana-mana ujian atau peperiksaan.

 

9.4 Pelajar yang menduduki peperiksaan awam adalah tertakluk kepada peraturan-peraturannya.

 

9.5 Memalsukan tandatangan atau markah markah dalam kad/buku laporan dengan niat untuk menipu ibu bapa/penjaga adalah merupakan kesalahan berat.

 

 

10. KEGIATAN KO-KURIKULUM

 

10.1 Kegiatan kokurikulum adalah aktiviti yang dijalankan oleh sekolah di luar masa belajar. Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum akan dicatatkan dalam Sijil berhenti sekolah dan surat perakuan. Penglibatan diri dan cergas dalam kegiatan sangatlah digalakkan.

 

 10.2 Pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam dua kegiatan kokurikulum.

 

10.3 Kehadiran pelajar dalam kegiatan dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib.

 

10.4 Laporan tentang kegiatan akan dicatatkan ke dalam buku laporan Kokurikulum pelajar.

 

 

11. KENDERAAN

 

11.1 Semua kenderaan hendaklah dikunci dan diletakkan di tempat yang ditetapkan. Sebarang kehilangan tidak menjadi tanggungjawab sekolah.

 

11.2 Dilarang sama sekali meletakkan kenderaan di tepi atau kaki lima bangunan sekolah.

 

11.3 Pelajar dilarang berbasikal/bermotosikal dalam kawasan sekolah untuk tujuan bermain-main.

 

11.4 Pelajar-pelajar yang datang ke sekolah dengan berbasikal/bermotosikal hendaklah masuk melalui pintu besar.

 

11.5 Ditegah memandu laju dalam kawasan sekolah, mengganggu ketenangan sekolah dengan meninggikan bunyi kenderaan, (terutamanya motosikal) dan menjadikan laluan dalam kawasan sekolah sebagai litar perlumbaan.

 

11.6 Murid-murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah dengan memandu atau menunggang kenderaan sendiri kecuali kehendak Undang-undang Jalan Raya Malaysia seperti mempunyai lesen dan kenderaan mereka mempunyai cukai jalan.

 

11.7 Murid yang menggunakan kenderaan sendiri untuk datang ke sekolah, wajib mendaftarkan kenderaan tersebut dan hanya dibenarkan masuk ke kawasan sekolah setelah mendapat kebenaran.

 

11.8 Kenderaan murid hendaklah mematuhi speifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak ada pengubahsuaian bunyi dibuat sehingga mewujudkan bunyi bising di kawasan sekolah.

 

11.9 Kenderaan yang tidak berdaftar tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

 

11.10 Murid yang mendapat kebenaran untuk membawa kenderaan seperti kereta atau seumpama dengannya, dilarang meletakkan kenderaan mereka itu di kawasan letak kereta guru.

 

11.11 Murid yang mendapat kebenaran membawa motosikal atau kereta ke kawasan sekolah hendaklah meletakkan kenderaan mereka di tempat khas yang telah ditetapkan.

 

11.12 Murid perlu memastikan kenderaan mereka dalam keadaan yang baik setiap masa dan pihak sekolah akan melakukan pemeriksaan mengejut pada bila-bila masa.

 

 

12. LAWATAN DAN PELAWAT

12.1 Sesuatu lawatan di dalam/keluar negeri yang dianjurkan oleh guru adalah dianggap sebagai rombongan sekolah. Peserta-peserta rombongan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/ penjaga dan Pengetua.

12.2 Pelawat-pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa pelajar-pelajar sekolah atau sebaliknya kecuali setelah mendapat kebenaran guru atau Pengetua.

12.3 Jika pelawat atau ibu bapa /penjaga yang datang itu berhajat membawa keluar pelajar yang berkenaan kerana sesuatu sebab yang mustahak, kebenaran hendaklah terlebih dahulu didapati daripada Penolong Kanan atau Pengetua.

12.4 Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati mana-mana pelawat yang masuk ke kawasan sekolah.

12.5 Pelajar diminta melaporkan dengan segera dan serta-merta kepada mana-mana guru atau Pengetua atau kakitangan sekolah sekiranya melihat orang yang disyaki memasuki kawasan sekolah dengan tujuan/kelakuan yang mencurigakan.

12.6 Pelajar dilarang sama sekali membawa orang luar yang berniat jahat masuk ke kawasan sekolah atau asrama pada bila-bila masa. Perbuatan ini dianggap menceroboh kawasan larangan kerajaan dan akan diambil tindakan undang-undang sewajarnya.

 

 

13. KEBERSIHAN

13.1 Pakaian yang bersih dan kemas mencerminkan peribadi atau sahsiah pelajar. Pakaian seragam sekolah adalah tertakluk kepada arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

13.2 Pelajar perlu memberi perhatian terhadap perkara berikut:

13.2.1 Selalu menjaga kebersihan pakaian

13.2.2 Selalu menjaga kebersihan diri seperti rambut, kuku, gigi dan keseluruhan badan.

13.2.3 Nilai-nilai murni yang dipelajari dan diamalkan di sekolah /rumah hendaklah menjadi amalan pelajar setiap masa.

13.2.4 Pelajar hendaklah bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mencegah sebarang usaha untuk mencemar bilik kelas, bangunan dan kawasan sekolah.

 

14. TATATERTIB DI LUAR KAWASAN SEKOLAH

14.1 Selagi seseorang itu dianggap pelajar sekolah yang sah, apa yang ditegahkan di sekolah berkuatkuasa juga di luar sekolah. Pihak sekolah berhak mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya yang disahkan melakukan sesuatu salah laku di luar sekolah untuk menjaga nama baik sekolah.

14.2 Pelajar dilarang sama sekali untuk menyertai mana-mana peraduan Ratu Cantik yang dianjurkan oleh pihak awam melainkan dengan kebenaran bertulis oleh Pengetua.

 

15. UMUM

15.1 Pelajar-pelajar hendaklah menjauhkan diri dari sifat-sifat yang dicegah oleh agama seperti sifat-sifat hasad, dengki, sombong, takbur, pembohong, penipu dan sebagainya.

15.2 Sifat-sifat dan nilai-nilai murni hendaklah menjadi amalan sifat kita setiap masa.

 

4.5.1 Rambut hendaklah jangan jatuh ke bahu. Mereka yang berambut panjang hendaklah diikat kemas dengan reben atau pengikat rambut yang bewarna hitam sahaja. Sebarang perhiasan tidak dibenarkan.

 

4.5.2      Pelajar-pelajar perempuan Islam digalakkan memakai tudung sebagaimana yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan.

 

4.6       Pelajar-pelajar dilarang sama sekali meniru fesyen rambut ala `punk` atau apa-apa fesyen-fesyen terkini.

 

5.         YURAN SEKOLAH

 

     5.1       Setiap pelajar wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

     5.2       Yuran peperiksaan PMR dan SPM mestilah dijelaskan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

 

            5.3       Sebarang yuran yang tidak dijelaskan akan dibawa ke tahun berikutnya.

 

                        Bayaran ini akan dituntut apabila pelajar-pelajar berkenaan

 

                        berkehendakkan sijil berhenti sekolah, perakuan atau sijil/keputusan

 

                        peperiksaan mereka.

 

6.         HARTA BENDA SEKOLAH

 

            6.1       Pelajar-pelajar yang merosakkan, menghilangkan atau bersubahat

 

                        merosakkan harta benda sekolah adalah dikehendaki mambayar ganti

 

                        rugi yang setimpal dengan harga barang yang dirosakkan atau dihilangkan.

 

            6.2       Harta benda sekolah tidak boleh digunakan tanpa kebenaran guru kelas,

 

                        guru penolong kanan atau pengetua.

 

            6.3       Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggaris, melukis ataupun mengotorkan

 

                        mana-mana bahagian bangunan di dalam kawasan sekolah.

 

            6.4       Palajar-pelajar adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan harta

 

                        benda sekolah pada setiap masa. Peminjaman harta benda sekolah mesti

 

                        direkod dan dipulangkan ke tempat penyimpanan dengan jumlah yang

 

                        sama seperti yang telah dikeluarkan.

 

            6.5.      BILIK DARJAH

 

                        6.5.1.   Kerusi meja hendaklah disusun kemas dan teratur.

 

                        6.5.2.   Gambar-gambar atau bahan-bahan lain yang dipamerkan dalam

 

                                    bilik darjah hendaklah bertujuan pendidikan dan sesuai.

 

                        6.5.3.   Kaki lima, dalam kelas dan kawasan sekitar bilik darjah mestilah

 

                                    sentiasa dalam keadaan bersih.

 

                        6.5.4.   Lampu dan kipas yang terdapat di dalam bilik darjah mesti ditutup/

 

                                    dimatikan jika tidak diperlukan.

 

                        6.5.5    Pintu kelas hendaklah sentiasa dikunci (kecuali dalam keadaan-

 

                                    keadaan tertentu) untuk mengelakkan pencerobohan dan pelbagai

 

                                    kerosakan.

 

            6.6       BILIK-BILIK KHAS

 

                        6.6.1    Pelajar-pelajar hendaklah membaca,memahami dan mematuhi

 

                                    segala peraturan khas bagi bilil-bilik khas seperti Makmal Sains,

 

                                    perpustakaan, Bilik Sains Rumahtangga, Bilik Lukisan, Pusat

 

                                    Sumber, Bilik APD, Bilik Komputer dan lain-lain.

 

                        6.6.2    Pelajar-pelajar adalah ditegah berkeliaran ke tempat-tempat lain

 

                                    semasa dalam perjalanan ke bilik-bilik khas.

 

            6.7       BUKU TEKS

 

                        6.7.1    Buku-buku teks yang dipinjam kepada pelajar yang layak di bawah

 

                                    Skim Pinjaman Buku Teks hendaklah dibawa balik dan tidak

 

                                    ditinggalkan di dalam kelas.

 

                        6.7.2    Buku-buku yang dipinjamkan wajib disampulkan/dibalut dengan

 

                                    pembalut plastic yang nipis atau mana-mana pembalut yang sesuai.

 

                        6.7.3    Hanya peminjam rasmi sahaja yang layak menggunakannya

 

                                    melainkan dengan mendapat kebenaran dari pihak sekolah.

 

                        6.7.4    Pelajar-pelajar dilarang menconteng/mengotori buku-buku teks

 

                                    merosak/menggunting atau menekap gambarajah-gambarajah

 

                                    di dalamnya adalah dilarang.

 

                        6.7.5    Buku-buku pinjaman mesti dipulangkan pada masa yang

 

                                    ditetapkan oleh sekolah. Denda akan dikenakan kepada pelajar

 

                                    yang gagal memulangkan buku. Jika pelajar itu masih lagi

 

                                    menuntut di sekolah ini,dia tidak layak/tidak dapat

 

                                    dipertimbangkan untuk menerima pinjaman pada bila-bila masa pun.

 

                        6.7.6    Pelajar-pelajar yang bertukar atau berhenti sekolah hendaklah

 

                                    memulangkan buku-buku teks yang mereka pinjam kepada pihak

 

                                    sekolah/guru tingkatan sebelum meninggalkan sekolah.

 

                        6.7.7    Kegagalan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas

 

                                    boleh menyebabkan pihak sekolah menarik balik pinjaman buku

 

                                    teks atau pelajar diminta membayar/mengganti buku-buku

 

                                    berkenaan.

 

                        6.7.8    Buku-buku teks yang dihilangkan wajib dibayar ganti rugi sama

 

                                    ada dengan teks/naskah yang sama atau dengan sejumlah wang

 

                                    yang ditetapkan.

 

            6.8       ALAT-ALAT SUKAN

 

                        6.8.1    Alat-alat sukan yang hendak digunakan mestilah dengan kebenaran

 

                                    guru berkenaan.

 

                        6.8.2    Alat-alat hendaklah digunakan dengan cermat dan berhati-hati.

 

                                    Pelajar-pelajar hendaklah berwaspada bila menggunakan alat-alat

 

                                    yang boleh menbahayakan diri sendiri atau pelajar/orang lain.

 

                        6.8.3    Alat-alat sukan yang telah digunakan hendaklah dikembalikan

 

                                    semula ke stor sukan/tempat di mana alat-alat itu disimpan.

 

                                    Jumlah yang dikembalikan mesti sama dengan jumlah yang

 

                                    dikeluarkan.

 

                        6.8.4    Alat-alat sukan/pakaian sukan yang dipinjam kepada pelajar

 

                                    hendaklah dijaga dengan baik. Sebarang kehilangan alat/pakaian

 

                                    sukan yang dipinjam hendaklah diganti oleh pelajar yang

 

                                    menhilangkannya.

 

                        6.8.5    Pelajar yang sengaja merosakkan alat-alat sukan yang dipinjam

 

                                    hendaklah membayar ganti.

 

            6.9       TANDAS

 

                        6.9.1    Tandas hendaklah dijaga kebersihannya setiap masa.

 

                        6.9.2    Gunakan tandas dengan betul dan tertib.

 

                        6.9.3    Jangan membuang sampah atau sebarang benda yang tidak hancur

 

                                    atau reput ke dalam lubang tandas atau sinki.

 

6.9.4    Pelajar yang didapati menyalahgunakan tandas/tidak menggunakan

 

            tandas dengan betul akan didenda mecuci tandas.

 

6.9.5    Kuatkuasakan penggunaan Kad Tandas sepenuhnya. Bayaran akan

 

            dikenakan kepada pelajar yang ke tandas tanpa Kad Tandas.

 

            6.10     KANTIN SEKOLAH

 

                        6.10.1  Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan pada masa pengajaran/

 

                                    pembelajaran atau semasa pertukaran waktu.

 

                        6.10.2  Semasa membeli makanan, pelajar-pelajar hendaklah beratur, tidak

 

                                    membuat bising atau bersopan-santun.

 

                        6.10.3  Jangan biarkan sisa-sisa makanan tertinggal di atas meja atau

 

                                    lantai kantin. Utamakan kebersihan kantin demi kesihatan semua orang.

 

                        6.10.4  Gunakan tong sampah yang disediakan di kantin untuk membuang sampah.

 

                        6.10.5  Pelajar-pelajar dilarang masuk ke bahagian dalam kantin.

 

                        6.10.6  Pelajar-pelajar dilarang membeli makanan yang dijual di luar  kawasan sekolah.

 

            6.11     SURAU / MUSALLA

 

                        6.11.1  Surau/musalla hendaklah digunakan untuk beribadat dan lain-lain aktiviti keagamaan.

 

                        6.11.2  Kasut/selipar atau apa saja alas kaki hendaklah ditanggalkan apabila memasuki surau/musalla.

 

                        6.11.3  Pelajar-pelajar adalah dilarang menukar pakaian atau menjadikan

 

                                    surau/ musallah sebagai tempat tidur.

 

                        6.11.4  Pelajar-pelajar ditegah membuat bising, bermain-main dan

 

                                    merosakkan alat-alat/bangunan surau.

 

                        6.11.5  Pelajar-pelajar diminta supaya berjimat dalam penggunaan air di surau.

 

                        6.11.6  Pastikan kebersihan di dalam dan sekitar surau /musalla sentiasa terpelihara.

 

7.         TATATERTIB

 

            7.1       Pelajar-pelajar sekolah adalah tertakluk kepada disiplin sekolah.sebagai

 

                        warganegara Malaysia, pelajar juga tertakluk kepada undang-undang

 

                        Negara.

 

            7.2       Pelajar-pelajar mestilah menjaga ketenteraman sekolah di mana-mana

 

                        tempat dalam kawasan sekolah dan pada bila-bila masa pelajar berada

 

                        di sekolah.

 

            7.3       Pada waktu rehat,pelajar diminta supaya tidak berada di dalam bilik darjah

 

                        bilik-bilik khas dan kawasan-kawasan larangan.

 

            7.4       Pelajar-pelajar hendaklah bergerak dengan teratur dan cepat apabila pergi

 

                        ke bilik-bilik khas seperti makmal, bilik lukisan dan lain-lain.

 

            7.5       Penggunaan bilik darjah di luar masa persekolahan hendaklah dengan

 

                        kebenaran pengetua.

 

            7.6       Pelajar hendaklah pada setiap masa menjaga keselamatan diri sendiri, harta

 

                        benda sendiri dan harta benda sekolah. Pihak sekolah tidak dapat melayan

 

                        sebarang aduan tentang kehilangan barang/harta persendirian tetapi setiap

 

                        harta pelajar yang dijumpai akan diumumkan di papan kenyataan dan

 

                        pelajar hendaklah menuntutnya.

 

            7.7       Pelajar-pelajar yang datang ke sekolah dengan kenderaan sendiri

 

                        hendaklah mematuhi undang-undang jalanraya.

 

            7.8       Pelajar-pelajar hendaklah beratur dan jangan berebut/tolak menolak semasa naik/turun dari kenderaan.

 

            7.9       pelajar-pelajar hendaklah pada setiap masa menghormati orang yang lebih tua darinya.

 

            7.10     Pelajar-pelajar hendaklah memberi hormat/salam kepada guru-guru di mana saja.

 

            7.11     Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi arahan guru, pengawas, ketua darjah

 

                        dan menghormati rakan-rakan yang lain.

 

            7.12     Pelajar-pelajar ditegah melibatkan diri dalam mana-mana kegiatan atau

 

                        persatuan sukan yang bukan di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan

 

                        atau Kementerian Pendidikan tanpa kebenaran pengetua.

 

            7.13     Pelajar tidak dibenarkan menjadi ahli/anggota/pertubuhan luar tanpa kebenaran Pengetua.

 

            7.14     Pelajar ditegah menyertai sebarang peraduan ratu cantik atau lain-lain

 

                        pertandingan ratu kecuali yang berunsurkan adat resam atau kebudayaan

 

                        untuk memeriahkan perayaan sesuatu kaum.

 

            7.15     Pelajar hendaklah menghormati lagu kebangsaan, lagu kebesaran negeri dan lagu sekolah.

 

7.16     Perhimpunan sekolah diadakan pada setiap pagi Isnin. Perhimpunan juga

 

            boleh diadakan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Pengetua.

 

 

8.         AMAL IBADAT

 

            8.1       Pelajar-pelajar islam diwajibkan mengerjakan amal ibadat pada waktu

                        yang telah ditetapkan menyertai Fardhu Jumaat dan sembahyang lima waktu.

 

            8.2       Pelajar-pelajar islam hendaklah menyertai setiap aktiviti keagamaan yang

                        dianjurkan oleh sekolah.

 

            8.3       Pelajar-pelajar dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan/kesucian

                        agama Islam atau agama-agama lain.

 

            8.4       Penubuhan sebarang pertubuhan keagamaan mestilah atas kebenaran dan

                        dalam pengetahuan pentadbir sekolah.

 

9.         PEPERIKSAAN

            9.1       Kehadiran dalam ujian/peperiksaan adalah wajib.

            9.2       Pelajar yang mempersendakan peperiksaan dalam bentuk apa sekalipun

                        dianggap melakukan kesalahan yang berat.

            9.3       Pelajar jangan sama sekali melakukan penyelewengan atau tidak jujur

                        dalam mana-mana ujian atau peperiksaan.

 

            9.4       Pelajar yang menduduki peperiksaan awam adalah tertakluk kepada

                        peraturan-peraturannya.

 

            9.5       Memalsukan tandatangan atau markah markah dalam kad/buku laporan

                        dengan niat untuk menipu ibu bapa/penjaga adalah merupakan kesalahan berat.

 

10.       KEGIATAN KO-KURIKULUM

 

            10.1     Kegiatan kokurikulum adalah aktiviti yang dijalankan oleh sekolah di luar

                        masa belajar. Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum akan

                        dicatatkan dalam Sijil berhenti sekolah dan surat perakuan. Penglibatan

                        diri, cergas dalam kegiatan sangatlah digalakkan.

 

            10.2     Pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam dua kegiatan kokurikulum.

 

            10.3     Kehadiran pelajar dalam kegiatan dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib.

 

            10.4     Laporan tentang kegiatan akan dicatatkan ke dalam buku laporan

                        Kokurikulum pelajar.

 

11.       KENDERAAN

11.1     Semua kenderaan hendaklah dikunci dan diletakkan di tempat yang ditetapkan. Sebarang kehilangan tidak menjadi tanggungjawab sekolah.

 

11.2     Dilarang sama sekali meletakkan kenderaan di tepi atau kaki lima bangunan sekolah.

 

11.3     Pelajar dilarang berbasikal/bermotosikal dalam kawasan sekolah untuk tujuan bermain-main.

 

11.4     Pelajar-pelajar yang datang ke sekolah dengan berbasikal/bermotosikal hendaklah masuk melalui pintu besar.

 

11.5     Ditegah memandu laju dalam kawasan sekolah, mengganggu ketenangan sekolah dengan meninggikan bunyi kenderaan, (terutamanya motosikal) dan menjadikan laluan dalam kawasan sekolah sebagai litar perlumbaan.

 

11.6 Murid-murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah dengan memandu atau menunggang kenderaan sendiri kecuali kehendak Undang-undang Jalan Raya Malaysia seperti mempunyai lesen dan kenderaan mereka mempunyai cukai jalan.

11.7 Murid yang menggunakan kenderaan sendiri untuk datang ke sekolah, wajib mendaftarkan kenderaan tersebut dan hanya dibenarkan masuk ke kawasan sekolah setelah mendapat kebenaran.

11.8 Kenderaan murid hendaklah mematuhi speifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak ada pengubahsuaian bunyi dibuat sehingga mewujudkan bunyi bising di kawasan sekolah.

11.9 Kenderaan yang tidak berdaftar tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

11.10 Murid yang mendapat kebenaran untuk membawa kenderaan seperti kereta atau seumpama dengannya, dilarang meletakkan kenderaan mereka itu di kawasan letak kereta guru.

11.11 Murid yang mendapat kebenaran membawa motosikal atau kereta ke kawasan sekolah hendaklah meletakkan kenderaan mereka di tempat khas yang telah ditetapkan.

11.12 Murid perlu memastikan kenderaan mereka dalam keadaan yang baik setiap masa dan pihak sekolah akan melakukan pemeriksaan mengejut pada bila-bila masa.

 

 

SMK MUARA TUANG

JADUAL WAKTU SOLAT SESI PETANG

1 & 2 

HARI WAKTU ZUHUR WAKTU ASAR

ISNIN

1.20-1.40

4.20-4.30

SELASA

1.20-1.40

4.20-4.30

RABU

1.20-1.40

4.20-4.30

KHAMIS

1.20-1.35

4.20-4.30

JUMAAT

SOLAT JUMAAT

4.20-4.30

 

  

12.       LAWATAN DAN PELAWAT

12.1     Sesuatu lawatan di dalam/keluar negeri yang dianjurkan oleh guru adalah dianggap sebagai rombongan sekolah. Peserta-peserta rombongan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/ penjaga dan Pengetua.

12.2     Pelawat-pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa pelajar-pelajar sekolah atau sebaliknya kecuali setelah mendapat kebenaran guru atau Pengetua.

12.3     Jika pelawat atau ibu bapa /penjaga yang datang itu berhajat membawa keluar pelajar yang berkenaan kerana sesuatu sebab yang mustahak, kebenaran hendaklah terlebih dahulu didapati daripada Penolong Kanan atau Pengetua.

12.4     Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati mana-mana pelawat yang masuk ke kawasan sekolah.

12.5     Pelajar diminta melaporkan dengan segera dan serta-merta kepada mana-mana guru atau Pengetua atau kakitangan sekolah sekiranya melihat orang yang disyaki memasuki kawasan sekolah dengan tujuan/kelakuan yang mencurigakan.

12.6     Pelajar dilarang sama sekali membawa orang luar yang berniat jahat masuk ke kawasan sekolah atau asrama pada bila-bila masa. Perbuatan ini dianggap menceroboh kawasan larangan kerajaan dan akan diambil tindakan undang-undang sewajarnya.

 

13.       KEBERSIHAN

13.1     Pakaian yang bersih dan kemas mencerminkan peribadi atau sahsiah pelajar. Pakaian seragam sekolah adalah tertakluk kepada arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

13.2     Pelajar perlu memberi perhatian terhadap perkara berikut:

13.2.1  Selalu menjaga kebersihan pakaian

13.2.2  Selalu menjaga kebersihan diri seperti rambut, kuku, gigi dan keseluruhan badan.

13.2.3  Nilai-nilai murni yang dipelajari dan diamalkan di sekolah /rumah hendaklah menjadi amalan pelajar setiap masa.

13.2.4  Pelajar hendaklah bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mencegah sebarang usaha untuk mencemar bilik kelas, bangunan dan kawasan sekolah.

 

 

14.       TATATERTIB DI LUAR KAWASAN SEKOLAH

14.1     Selagi seseorang itu dianggap pelajar sekolah yang sah, apa yang ditegahkan di sekolah berkuatkuasa juga di luar sekolah. Pihak sekolah berhak mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya yang disahkan melakukan sesuatu salah laku di luar sekolah untuk menjaga nama baik sekolah.

 

14.2     Pelajar dilarang sama sekali untuk menyertai mana-mana peraduan Ratu Cantik yang dianjurkan oleh pihak awam melainkan dengan kebenaran bertulis oleh Pengetua.

 

15.       UMUM

15.1     Pelajar-pelajar hendaklah menjauhkan diri dari sifat-sifat yang dicegah oleh agama seperti sifat-sifat hasad, dengki, sombong, takbur, pembohong, penipu dan sebagainya.

15.2     Sifat-sifat dan nilai-nilai murni hendaklah menjadi amalan sifat kita setiap masa.