Print
PDF

Tip Menghadapi Peperiksaan

 

Sebelum Peperiksaan

  • Pastikan semua nota dikemas kini dan disusun rapi.
  • Ulang kaji nota secara konsisten secara individu.
  • Bina dan jawab soalan daripada nota.
  • Semak soalan-soalan yang lepas bagi memastikan:

-format soalan (Objektif dan Esei)

-masa yang ditetapkan

-bilangan soalan yang harus dijawab; dan 

-markah yang diberikan pada setiap soalan.

  • Jumpa dan berbincang dengan guru bagi mengenal pasti teknik menjawab soalan yang dikenal pasti.
  • Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten.
  • Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik.
  • Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat.
  • Buat satu jadual yang dapat dilihat dengan jelas.

 

Hari Peperiksaan

  • Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan.
  • Datang awal ke dewan peperiksaan.
  • Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan pada saat akhir bersama-sama dengan rakan.
  • Fokuskan pemikiran anda terhadap apa-apa yang anda ketahui.
  • Bercakap dengan rakan anda sekiranya tindakan itu dapat memberi  ketenangan kepada anda.

 

Semasa Peperiksaan

  • Baca arahan dengan teliti.
  • Pastikan apa-apa yang perlu anda lakukan dan cara hendak melakukannya.
  • Baca setiap soalan dengan teliti.
  • Gariskan perkataan yang penting dalam soalan.
  • Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan berpandukan kepada

-masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan peperiksaan

-bilangan soalan yang perlu dijawab dan 

-markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan dan pecahan bagi setiap soalan:

    • lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan
    • tulis jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dengan menggunakan pen berdakwat terang (hitam)
    • jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian kepada soalan yang sukar
    • susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
    • pastikan nombor angka giliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
    • ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti dan letakkan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan.

 

Selepas peperiksaan

  • Elakkan daripada membuat post mortem bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
  • Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain.
  • Yakinkan diri anda bahawa anda telah membuat sehabis baik dalam peperiksaan.
  • Relaks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.