Laporan Aktiviti Israk Mikraj Tahun 1437h/2016m
Ceramah Motivasi Pelajar Islam (Tingkatan 3 – Tingkatan 5)

Tarikh: 4 Mei 2016
Tempat: Masjid Imam Al- Ghazali, SMKMT
Penyertaan: Semua Pelajar Islam Ting 3 – Ting 5
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam

ishak1
Ceramah motivasi disampaikan oleh Ust Yazid bin Rajali, Penyelia Unit Agama, PPD Samarahan. Antara intipati ceramah tersebut ialah kepentingan menuntut ilmu dan kewajipan solat berdasarkan peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Rasulullah SAW. Penceramah juga menyelitkan unsur-unsur lawak jenaka supaya pelajar sentiasa segar dan bersemangat mendengar ceramah beliau. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang sanggup menunggu sehingga pukul 10.30 pagi ceramah itu berakhir.Terima kasih yang tidak terhingga kepada penceramah atas ceramah yang disampaikan. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik sepanjang ceramah diadakan.
ceramah2