Laporan Jabatan Bahasa 

Jabatan Bahasa bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pengurusan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Iban dan Panitia Kesusasteraan Melayu. Panitia Bahasa Melayu diketuai oleh Puan Dayang Salina Mat Saad, Panitia Bahasa Inggeris oleh Puan Adeline Ong Boon Tee, Panitia Bahasa Iban oleh Puan Doris Gendang dan Panitia Kesusasteraan Melayu oleh Puan Norizan Matzen. Banyak program yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Bahasa bersama dengan panitia-panitia di bawahnya. Salah satu daripadanya ialah Bulan Keilmuan Jabatan yang turut melibatkan Jabatan Sains dan Matematik, Jabatan Teknik dan Vokasional serta Jabatan Kemanusiaan. Program lain yang dilaksanakan oleh Jabatan Bahasa ialah Program Literasi Pemahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi membantu murid-murid menguasai pemahaman bahan bacaan. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan 1 dan 2 telah menghadiri beberapa siri Bengkel Literasi yang disampaikan oleh Konsultan Sekolah Amanah iaitu En. Peter Dimiter Kehayioff (Education Assistant) dan Cik Ielia Osman (Education Partner). Selain menganjurkan program-program tersebut, Jabatan Bahasa turut bertanggungjawab mengadakan pencerapan bagi menambah baik kemampuan guru-guru di bawah pengawasannya berdasarkan Rubrik Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) Sekolah Amanah untuk meningkatkan usaha dan kemahiran dalam aktiviti PdP.  Pencerapan dalam kelas ini dilaksanakan dua kali dalam setahun yang turut dibantu oleh Pemimpin Pertengahan  atau “Middle Leader” , Guru Penasihat atau“Assistant Teacher” (AT) , “Education Assistant” dan “Education Partner” daripada Sekolah Amanah. 
          Jabatan Bahasa juga telah menerima kehadiran seorang “Fulbright ETA daripada Program Fulbright English Teaching Assistant (ETA) iaitu Cik Deborah Taylor Rogers. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan minat murid terhadap Bahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh Cik Taylor bagi menarik murid-murid meminat Bahasa Inggeris seperti “English Camp”, “WCS trip to Matang Wildlife”, “Public Speaking Competition” dan sebagainya. Cik Taylor juga telah menerbitkan sebuah buku bertajuk “Humans of Muara Tuang”. Buku tersebut memuatkan hasil karya murid-murid SMK Muara Tuang dalam Bahasa Inggeris.  
 
Pelaksanaan dan Penglibatan Aktiviti-Aktiviti Jabatan Bahasa sepanjang tahun 2016 ialah seperti berikut:
  • Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri – Tempat ke-3 Peringkat Negeri Sarawak
  • Pertandingan “Choral Speaking” – Johan Peringkat Bahagian Samarahan
  • Menganjurkan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian Samarahan – Naib Johan Bahagian Samarahan
  • Program Jom Membaca 10 minit
  • Menyertai Pertandingan Forum Remaja
  • Pertandingan Mendeklmasikan Sajak Sempena Bulan Keilmuan Jabatan
  • Pertandingan Bercerita Sempena Bulan Keilmuaan Jabatan
  • Bengkel Latihan secara On-Site Guru Bahasa Melayu secara Kolaboratif dengan DBP di bawah Dasar MBMMBI
  • Bengkel Penyebaran Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Iban Tingkatan 1
  • Cascade Training bagi Program Usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Cambridge English (CE)
  • Bengkel Skema Permarkahan Kertas Bahasa Melayu PT3 dan lain-lain.
 
1a

Bengkel literasi Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan 1 dan 2

 

bahasa3
Pasukan Bahas
Memenangi Tempat ke-3 di Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri, Peringkat Negeri Sarawak, 2016
 

bahasa4

 

bahasa2a

Aksi Johan Pertandingan "Choral Speaking" Peringkat Bahagian Samarahan

 

Laporan disediakan oleh,
Picture2
Pn. Sofiah bt. Zainuddin

 

 
Apa Itu Program DLP?
DLP (Dual Language Programme)
  • program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  • pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya. 
  • antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi seperti kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa dan sokongan ibubapa.
  • program ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.
  • sekolah yang terpilih boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula tahun depan. Buat permulaan, program ini ditawarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).