Laporan Jabatan Kemanusiaan

Jabatan Kemanusiaan telah menganjurkan pelbagai aktiviti sempena bulan Keilmuan pada bulan April. Objektif aktiviti yang diadakan ialah memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya nilai murni dalam kehidupan. Selain itu, meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran kemanusiaan. Aktiviti ini juga ialah untuk mencungkil dan mengembangkan bakat murid.
Aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan ialah kuiz sejarah, melukis poster Geografi bertemakan ' Sayangi Alam Kita’, mencipta replikasi rumah tradisional dan pertandingan melukis portrait bekas Perdana Menteri. Selain itu, aktiviti lain ialah kem Smart Solat, majlis Tadarus Al-Quran, khemah ibadat, ceramah Maal Hijrah, ceramah Maulidur Rasul, Pertandingan Nasyid, Hafazan dan Tilawah Al Quran MTQ 2016.
Panitia-panitia yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti di atas ialah:
  • Panitia Sejarah
  • Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
  • Panitia Pendidikan Islam
  • Panitia Pendidikan Seni Visual
  • Panitia Geografi
Pelbagai aktiviti yang telah dirancang ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, penglibatan murid yang menggalakkan juga merupakan satu suntikan semangat kepada para guru untuk membuat perancangan yang lebih giat dan jitu lagi pada tahun hadapan. Semua guru dalam Jabatan Kemanusiaan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan dan bantuan pihak pentadbir sekolah, para guru dan para murid dalam menjayakan aktiviti.
Laporan disediakan oleh,
Picture1c
Pn. Cindy Lim